Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Running Man terkejut, dapat mesej daripada Yoo Eun Hye

    Pengacara dan anggota Running Man, Yoo Jae Suk mendedahkan ada menerima kiriman mesej daripada pelakon, Yoo Eun Hye.

    Pendedahan yang dibuat secara spontan dalam rancangan variasi itu ternyata mengejutkan kesemua anggota Running Man.

    Jae Suk mendedahkan perkara itu sewaktu segmen permainan Can You Hear Me? Di mana pada ketika itu adalah giliran Jong Kook memakai fon kepala untuk mengelakkan daripada mendengar sebarang bunyi.

    “Saya tidak akan bercakap banyak tentang perkara ini tetapi saya sebenarnya mendapat kiriman mesej daripada Yoo Eun Hye,” katanya.

    Topik itu menyebabkan anggota Running Man lain cuba meneka isi kandungan mesej yang disampaikan Eun Hye sama ada dia meminta mereka untuk berhenti mengusiknya bersama Jong Kook.

    Jae Suk bagaimanapun memberitahu dia kemudiannya menghubungi pelakon wanita tersebut.

    “Tidak, tetapi pada mulanya saya juga ada rasa begitu. Jadi saya berfikir sama ada saya perlu menghubunginya atau tidak, namun saya bimbang saya akan dimarahi. Tetapi Eun Hye tidak begitu. Kami kemudiannya membuat panggilan telefon,” jelasnya.

    Terdahulu, Jong Kook dan Eun Hye telah menjadi tumpuan utama peminat selama bertahun-tahun sejak mereka memulakan ‘hubungan cinta’ dalam program SBS berjudul ‘X-Man’ (2003-2007). – Agensi

    Running Man dikejutkan apabila Yoo Jae Suk menerima kiriman mesej daripada Yoo Eun Hye semasa penggambaran variasi itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda