Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Runtuhan lombong emas ragut 48 nyawa

    BAMAKO, 16 FEB – Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam runtuhan lombong emas yang beroperasi secara haram di barat Mali kelmarin, kata pihak berkuasa dan sumber tempatan kepada AFP.

    Mali merupakan salah satu pengeluar emas utama di Afrika dan tapak perlombongan sering menjadi lokasi tanah runtuh dan kemalangan maut.

    Pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengawal perlombongan emas yang tidak terkawal di negara ini, yang merupakan antara negara termiskin di dunia.

    “Angka korban setakat hari ini ialah 48 orang maut berikutan runtuhan itu,” kata sumber polis. “Beberapa mangsa terjatuh ke dalam air. Antaranya seorang wanita dengan anak damitnya di belakangnya.”

    Seorang pegawai tempatan mengesahkan runtuhan itu, manakala persatuan pelombong emas Kenieba turut mencatatkan jumlah kematian sebanyak 48 orang.

    Pencarian mangsa masih dijalankan, kata ketua sebuah organisasi alam sekitar kepada AFP.

    Kejadian kemalangan kelmarin itu berlaku di tapak lama yang pernah dioperasikan oleh sebuah syarikat China, menurut sumber AFP.

    Pada bulan Januari, tanah runtuh di sebuah lombong emas di selatan Mali telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan menyebabkan ramai yang hilang, kebanyakannya wanita. – AFP

    Lebih dua minggu yang lalu, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas berlaku tanah runtuh di lombong emas lain di Mali. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda