Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Runtuhan lumpur ragut 8 nyawa

    KATHMANDU, 23 JULAI – Satu runtuhan lumpur telah menimbus rumah di dua kampung pergunungan terpencil di Nepal, membunuh lapan orang dan dua hilang.

    Pentadbir kerajaan Yadhunath Poudyal berkata runtuhan lumpur pada subuh hari ini menimbus sekurang-kurangnya lima buah rumah ketika penghuni masih tidur.

    Penduduk kampung berjaya mengeluarkan dua orang hidup-hidup yang tertimbus dalam runtuhan lumpur, sementara usaha mencari dua orang yang masih hilang diteruskan.

    Kampung di daerah Gulmi, 200 kilometer dari barat ibu negara Kathmandu, adalah terpencil dan ia mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke sana dengan berjalan kaki. Hujan yang turun tanpa henti-henti menjadikannya sukar untuk anggota menyelamat sampai ke kawasan itu.

    Hujan monsun telah pun membunuh kira-kira 90 orang di Nepal. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda