Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Runtuhan salji di Sweden, dua selamat

    STOCKHOLM, 21 MAC – Dua orang ditemui kelmarin selepas terselamat dalam runtuhan salji di utara jauh Sweden yang turut dipercayai menimbus sebuah helikopter di darat, kata polis.

    “Dua orang yang hilang telah ditemui. Kecederaan mereka tidak diketahui,” kata polis dalam satu kenyataan di laman web mereka.

    Terdahulu, jurucakap polis, Maria Linne berkata kepada AFP bahawa laporan awal yang tidak disahkan menunjukkan tujuh orang terlibat dalam kemalangan itu dan dua lagi hilang.

    Sebuah helikopter di darat tertimbus dalam runtuhan salji di taman negara Abisko, katanya, memetik laporan yang tidak disahkan.

    Linne tidak mempunyai maklumat tentang kewarganegaraan mereka yang terlibat. – Bernama

    PHOTO: ENVATO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda