Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rupa snek Cina seperti segumpal rambut hitam

    CHENGDU, 3 NOV – Snek baharu yang dihidangkan di jalanan Chengdu, China telah mendapat perhatian ramai kerana penampilannya yang luar biasa- kelihatan seperti segumpal rambut manusia.

    Menurut Oddity Central, Fa Cai atau Fat Choy ialah sejenis cynobacterium kering yang telah lama menjadi sebahagian daripada masakan Cina.

    Ia tumbuh kebanyakannya di kawasan padang pasir yang kering dan tandus seperti Gansu, Shaanxi, Qinghai, Xinjiang, dan Mongolia.

    Ia diproses dengan mesin pengering udara sejurus selepas penuaian.

    Disebabkan bentuknya yang gelap dan berbulu-bulu, ia biasanya dikenali sebagai ‘sayur rambut’.

    Fa Cay atau nama saintifik Nostoc flagelliforme paling kerap dihidangkan sebagai bihun hitam dalam pelbagai sup dan dihidangkan pada Malam Tahun Baru untuk mendapatkan nasib yang baik, kerana nama Kantonisnya yang kedengaran hampir sama dengan frasa ‘struck it rich’.

    Walau bagaimanapun, makanan gelap itu menjadi tular baru-baru ini sebagai snek jalanan baharu yang membuatkan anda kelihatan seperti sedang memakan rambut manusia.

    Fat Choy yang biasanya dalam keadaan kering seperti segumpal rambut hitam tetapi dihidrasi semula menjadi sup yang enak dan kelihatan seperti bihun hitam.

    Walau bagaimanapun, beberapa penjual makanan jalanan di Chengdu baru-baru ini menghasilkan cara baharu memasak Fat Choy untuk mengekalkan penampilannya yang berbulu dan kering.

    Nampaknya sekarang awda boleh membuat barbeku dengan segumpal Fa Cai dan kemudian menambah sos panas sebelum menggigitnya seperti anda mengunyah segumpal rambut hitam.

    Cara memakan dengan menggigit ‘rambut’ berkenaan telah menarik banyak perhatian dan menyebabkan snek baharu itu menjadi tular di media sosial. – Agensi

    Snek Cina kelihatan seperti rambut manusia. – Oddity Central
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda