Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusa makan pokok hiasan hospital

    ANCHORAGE, ALASKA, 10 APRIL – Seekor rusa dilaporkan telah masuk untuk mencari makanan ke sebuah bangunan perubatan.

    Walaupun bunyinya seperti berjenaka namun ia sebenarnya berlaku di Anchorage baru-baru ini.

    Seekor rusa yang meredah salji untuk mencari makanan terlihat tumbuh-tumbuhan hijau di lobi bangunan perubatan di Providence Alaska Health Park, lalu masuk dan menikmati pokok hiasan tersebut.

    Rusa yang cerdik itu menyebabkan sensor automatik pada pintu masuk terbuka yang menuju ke bangunan pusat kanser hospital dan pejabat perubatan lain, kata pengarah keselamatan hospital tersebut, Randy Hughes.

    “Kami menerima panggilan daripada salah seorang penyewa kami yang memberitahu bahawa seekor rusa baru masuk ke dalam bangunan itu,” kata Hughes.

    Hughes percaya ia adalah rusa sama yang telah berkeliaran di kampus sebelum ini. Walaupun rusa adalah perkara biasa di Alaska, mereka mengumumkan kehadiran rusa itu melalui intercom atas kebimbangan keselamatan.

    “Tetapi ia kelihatan seperti magnet bagi orang ramai datang dan melihatnya. Bukan setiap hari awda dapat melihat rusa masuk ke dalam bangunan, jadi semua orang teruja mengambil gambar dan sebagainya,” katanya. – AP

    Seekor rusa memakan pokok hiasan dalam bangunan perubatan Providence Alaska Health Park di Anchorage, Alaska, 6 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda