MOSCOW, 29 SEPT – Ketika Amerika Syarikat (AS) mengharamkan Huawei kerana pengintipan dan meminta para sekutunya untuk melakukan tindakan yang sama, sebaliknya Moscow menghamparkan karpet merah buat syarikat teknologi China itu, membenarkan syarikat itu memajukan rangkaian 5G di Rusia.
Para penganalisis berkata tindakan itu telah membuktikan kekukuhan ketika ia mahu memberikan Internet berkelajuan tinggi kepada pengguna teknologi Rusia.
Bulan ini, Huawei telah membuka zon ujian 5G pertamanya di Moscow dengan kerjasama operator Rusia, MTS, dengan sasaran untuk menggunakan perkhidmatan itu ke seluruh ibu negara.
Pihak berkuasa Moscow berkata rangkaian itu akan menjadi sebahagian daripada infrastruktur bandar tersebut dalam tempoh beberapa tahun.
Sebagai perintis dalam rangkaian telekom berbanding kebanyakan negara-negara Barat, Rusia merancang untuk menggunakan 5G di kesemua bandar utamanya menjelang 2024.
Semasa Presiden China, Xi Jinping mengunjungi Rusia pada Jun, di tengah-tengah kemuncak Washington dan Huawei, operator utama Rusia, MTS, telah menandatangani satu kontrak bersama syarikat China itu. Dengan pembukaan rasmi zon 5G di Moscow, CEO bagi cawa-ngan Huawei d Rusia, Zhao Lei, memuji aktiviti syarikat di negara itu. – AFP