MOSCOW, 29 SEPT – Badan pengawasan media Rusia, Roskomnadzor, hari ini mengancam akan menyekat akses kepada YouTube selepas platform perkongsian video itu menyekat dua saluran berbahasa Jerman di stesen penyiaran tempatan, RT.
Langkah itu dibuat ketika pertikaian antara gergasi teknologi asing dan Kremlin semakin meningkat, berikutan Rusia mahu memperketat kawalan terhadap isi kandungan dalam talian kepada penduduk negara itu.
Roskomnadzor memaklumkan bahawa ia sudah menghantar surat kepada pemilik YouTube, Google, ‘menuntut semua sekatan itu ditarik balik semula’ daripada dua saluran berkenaan, RT DE dan Der Fehlende Part, ‘secepat mungkin’.
Katanya, sekatan itu melanggar prinsip utama penyebaran maklumat secara bebas dan tindakan penapisan terhadap media Rusia.
Roskomandzor berkata YouTube boleh dikenakan amaran dan undang-undang memperuntukkan langkah sekatan akses penuh atau sebahagian jika amaran itu tidak dihiraukan. – AFP