Rusia, ASEAN anjur eksesais

JAKARTA, 1 DIS – Rusia dan bebe-rapa buah negara Asia Tenggara telah memulakan eksesais tentera laut bersama, yang pertama kali dianjurkan di sepanjang Semenanjung Melaka, salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia, hari ini, kata tentera laut Indonesia.

Latihan itu muncul ketika ketegangan memuncak di Pasifik, terutamanya sekitar Laut China Selatan, yang Beijing tuntut hampir keseluruhannya.

Kesemua 10 anggota negara ASEAN menyertai latihan itu hari ini.

Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Malaysia, Myanmar dan Brunei menyediakan kapal perang atau pesawat udara, dengan Filipina mengambil bahagian sebagai pemerhati maya.
Eksesais itu akan diteruskan sehingga Sabtu ini.

“Latihan itu membawa mesej keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau tersebut,” kata duta Rusia bagi blok tersebut, Alexander Ivanov dalam satu kenyataan.

Komander armada pertama Indonesia, Arsyad Abdullah berkata latihan tersebut akan ‘mempertingkatkan interoperability dan pemahaman antara tentera Rusia dan ASEAN’. – AFP

Gambar yang diserahkan pada 1 Disember oleh pusat perintah armada Indonesia, Koarmada 1 menunjukkan kapal pemusnah Rusia, Admiral Panteleyev di luar perairan Belawan semasa eksesais bersama anggota ASEAN. – AFP