Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia, Azerbaijan bincang hubungan dua hala

    MOSCOW, 19 OGOS – Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di ibu negara Azerbaijan, Baku kelmarin untuk lawatan negara selama dua hari, lapor agensi berita Rusia.

    Televisyen Rusia menyiarkan gambar pesawat presiden Rusia itu ketika ia tiba di Baku pada waktu petang.

    Lawatannya ke negara Kaucasus itu, yang merupakan rakan kongsi rapat Moscow dan Turkiye tetapi juga pembekal tenaga utama kepada negara-negara Barat, diadakan di tengah-tengah serangan tentera Ukraine yang belum pernah berlaku sebelum ini di Rusia.

    Putin dijangka mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev mengenai hubungan dua hala dan ‘masalah antarabangsa dan serantau’, kata Kremlin.

    Kelmarin, kedua-dua pemimpin itu menghadiri majlis makan malam di kediaman rasmi presiden Azerbaijan, lapor agensi berita rasmi tempatan, Asertac.

    Hari ini, Aliyev dan Putin akan menandatangani dokumen bersama dan membuat kenyataan kepada media, kata agensi Rusia, Ria Novosti.

    Putin juga akan meletakkan kalungan bunga di makam Heydar Aliyev, bapa kepada pemimpin semasa, yang menjadi presiden dari tahun 1993 hingga 2003.

    Terdahulu, Kremlin berkata mereka juga akan membincangkan ‘isu penyelesaian konflik antara Azerbaijan dan Armenia’. – AFP

    Putin dan Aliyev berjabat tangan semasa pertemuan mereka di kediaman negara Zagulba di Baku, Azerbaijan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda