Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rusia bakal kurangkan pengeluaran minyak

    FRANKFURT, 10 FEB – Rusia akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 500,000 tong sehari bulan depan sebagai tindak balas kepada Barat mengehadkan harga minyak mentahnya susulan perang di Ukraine, kata Timbalan Perdana Menteri, Alexander Novak hari ini, menurut beberapa laporan media Rusia.

    “Setakat hari ini, kami menjual sepenuhnya semua keluaran mentah kami, tetapi seperti yang kami nyatakan sebelum ini, kami tidak akan menjual minyak kepada mereka yang secara langsung atau tidak langsung mematuhi siling harga,” kata Novak, dalam kenyataan yang disiarkan di agensi berita TASS Rusia.

    “Sehubungan itu, Rusia secara sukarela akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari. Ia akan membantu memulihkan hubungan ala pasaran,” katanya.
    Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 2.5 peratus hari ini, kepada AS$86.67 setong.

    Kumpulan Tujuh Negara (G7) demokrasi utama telah mengenakan had harga AS$60 setong ke atas minyak Rusia yang dihantar ke negara bukan Barat. Matlamatnya adalah untuk memastikan minyak disalurkan ke pasaran global untuk mengelakkan lonjakan
    harga yang dilihat tahun lalu sambil mengehadkan keuntungan kewangan Rusia.

    Had itu dikuatkuasakan dengan menghalang syarikat Barat yang sebahagian besarnya mengawal perkhidmatan perkapalan dan insurans daripada memindahkan harga minyak melebihi had.

    Rusia berkata, ia tidak akan menjual minyak kepada negara-negara yang memantau had, satu perkara yang dipertikaikan kerana minyak Rusia telah didagangkan di bawah harga siling baru-baru ini. – AP

    Sebuah kapal tangki minyak berlabuh di kompleks Sheskharis, sebahagian daripada Chernomortransneft JSC, anak syarikat Transneft PJSC, di Novorossiysk, Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...