Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia: Bangunan FSB dibom

    MOSCOW, 31 Okt – Seorang terkorban dan tiga orang cedera apabila satu bahan letupan meledak hari ini di dalam sebuah bangunan perumahan perkhidmatan keselamatan FSB di Arkhangelsk di utara Rusia, menurut seorang pegawai.

    Bahan letupan itu meledak sekitar pukul 9 pagi (0600 GMT) di bangunan FSB, tengah bandar, lebih daripada 1,000 kilometer utara Moscow, Artyom Botygin, kata seorang jurucakap gabenor kawasan kepada AFP.

    “Seorang terkorban dan tiga yang lain dikejarkan ke hospital,” katanya.

    Gabenor kawasan, Igor Orlov berkata ia masih awal untuk mengatakan sama ada ia adalah pengeboman berani mati.

    “Situasi ini sangat serius,” katanya dalam komen yang disahkan oleh jurucakapnya kepada AFP.

    Orlov menambah bahawa pihak berkuasa bekerja keras untuk mengenal pasti mangsa yang terkorban dan jenis bahan letupan yang digunakan.

    “Kami mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan keselamatan penduduk dan bangunan awam di Arkhangelsk.”

    Seorang wakil FSB bagi kawasan Arkhangelsk mengesahkan letupan itu kepada AFP namun menolak untuk memberikan lebih banyak butiran mengenainya.

    Gabenor juga pergi meninjau tempat kejadian dan perkhidmatan keselamatan turut mengadakan mesyuarat kecemasan. – AFP

    Kelihatan jentera bomba berada di tempat kejadian selepas satu letupan meledak di sebuah bangunan perumahan perkhidmatan keselamatan FSB di Arkhangelsk kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda