MOSCOW, 8 OKT – Kapal tentera laut Rusia dan China telah melakukan rondaan bersama di timur laut Lautan Pasifik, kata tentera Rusia hari ini.
Kapal-kapal itu melakukan operasi untuk melancarkan taktik anti-kapal selam, katanya.
Rondaan itu dilakukan selepas kedua-dua negara mengadakan latihan ketenteraan bersama, ketika negara sekutu itu memperkukuh hubungan antara Rusia dan China.
Pada awal September, China berkata bahawa kedua-dua pihak akan mengambil bahagian dalam rondaan maritim bersama dan China juga akan mengambil bahagian dalam latihan strategik Rusia, Ocean-2024.
Pada bulan Julai, kedua-dua negara mengadakan latihan bersama di perairan dan ruang udara sekitar Zhanjiang, sebuah bandar di wilayah Guangdong, selatan China.
Rusia dan China telah meningkatkan kerjasama ketenteraan dan ekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan kedua-dua negara mengecam hegemoni Barat, terutamanya apa yang dilihat oleh me-reka sebagai penguasaan Amerika Syarikat (AS) dalam urusan global.
Mereka mengisytiharkan perkongsian ‘tanpa had’ sejurus sebelum Moscow melancarkan serangan di UKraine pada 2022. – AFP