Friday, April 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia, China berikan bantuan ke Syria

    MOSCOW, 6 Feb – Dalam masa kebelakangan, Rusia telah mengedarkan lebih daripada 12 tan makanan kepada mangsa-mangsa orang awam dalam peperangan di Aleppo dan perkampungan Shinshar di Homs. Bantuan kemanusiaan itu telah disalurkan melalui Pusat Perdamaian Rusia.

    “Beberapa 3.2 tan makanan, 3,000 bahagian hidangan panas dan 1,850 pakej makanan telah diagih-agihkan kepada orang awam,” satu diketerangan yang dikeluarkan oleh Pusat itu berkata, menambah jumlah keseluruhan makanan yang telah diagihkan adalah 12.3 tan.

    Menurut keterangan itu, sejumlah 7,361 orang awam telah menerima bantuan itu.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara luar tidak menjalankan sebarang operasi kemanusiaan di Syria dalam masa yang sama, tambah keterangan itu.

    Orang awam di Syria telah terjejas teruk oleh peperangan yang telah bermula di Syria sejak 2011. Konflik dalaman itu telah meragut ribuan jiwa, mengakibatkan enam juta orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 13 juta memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut data PBB.

    Pada 31 Januari, Dana bagi Kanak-kanak PBB (UNICEF) mengumumkan hampir 6,500 kanak-kanak Syria telah kembali ke sekolah di timur Aleppo di tengah-tengah pembukaan semula institusi-institusi pendidikan dengan bantuan UNICEF.

    Sementara itu, Syria dan China telah menandatangani perjanjian kerjasama bernilai AS$16 juta untuk membekalkan bantuan kemanusiaan dan mengaktifkan semula hubungan-hubungan lain dalam sektor ekonomi, satu sumber rasmi mengesahkan.

    Dalam 2004, kedua-dua negara membuat perjanjian bertulis dalam pertanian, pelancongan, minyak dan gas dan sektor-sektor lain yang akan diaktifkan semula ketika ini, menurut media setempat.

    Perwakilan-perwakilan Suruhanjaya Perancangan Syria dan Kerjasama Antarabangsa dan Kedutaan China telah menandatangani perjanjian terbaru. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda