Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia, China labur lombong litium

    BUENOS AIRES, 30 JUN – Dalam perlumbaan global untuk mendapatkan rizab litium bagi pengeluaran kereta elektrik, Rusia dan China melabur dalam pengekstrakan logam ringan penting di Bolivia, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Uranium One Group, anak syarikat perbadanan nuklear Rusia Rosatom, dan syarikat China Citic Guoan akan membelanjakan sejumlah kira-kira AS$1.4 bilion untuk membina dua kilang litium di Potosi.

    Syarikat milik kerajaan Bolivia Yacimientos de Litio Bolivianos (YLB) yang mengumumkan perjanjian itu kelmarin berkata sekurang-kurangnya 45,000 tan litium akan dihasilkan setahun di sana.

    Pengeluaran kereta elektrik yang berkembang pesat meningkatkan permintaan untuk bateri, sekali gus mencetuskan perlumbaan global untuk litium yang merupakan komponen penting.

    Syarikat China melabur berbilion-bilion di Amerika Latin dan Afrika untuk mendapatkan deposit bahan itu. Menjelang 2025, pakar menjangkakan China boleh mengawal sekitar satu pertiga daripada bekalan litium dunia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda