Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia dakwa kepung bandar Lyman

    KRAMATORSK, UKRAINE, 29 MEI – Pasukan Rusia yang terlibat dalam pertempuran habis-habisan di timur Ukraine telah menawan bandar strategik Lyman dan mengepung pusat industri penting, dakwa Moscow.

    Namun seorang pegawai Ukraine telah menafikan bandar Severodonetsk telah dikepung, mengatakan tentera kerajaan telah menyingkirkan tentera Rusia dari pinggir bandar tersebut.

    Ketika pertempuran bagi nadi industri Ukraine semakin mengganas pada Sabtu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Olaf Scholz menggesa ‘rundingan langsung’ antara pemimpin Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatannya, Volodymyr Zelensky.

    Pemimpin EU juga ‘mendesak gencatan senjata dan pengunduran tentera Rusia’ dalam panggilan telefon 80 minit bersama pemimpin Rusia, kata pejabat canselor Jerman.

    Sejak gagal dalam usahanya untuk menawan bandar Kyiv pada peringkat awal perang, Rusia telah mengalihkan tumpuannya ke timur rantau Donbas sebagai percubaannya untuk mengukuhkan kawasan itu di bawah kawalannya.

    Imej satelit menunjukkan bangunan musnah dan kereta kebal di jalan Lyman, Ukraine pada 25 Mei. – AFP

    “Situasinya sangat sukar, terutamanya di kawasan Donbas dan rantau Kharkiv, di mana tentera Rusia cuba untuk menyusup masuk ke kawasan itu,” kata Presiden Ukraine, Zelensky dalam ucapan hariannya.

    Awal kelmarin, kementerian pertahanan Rusia berkata ‘bandar Krasny Liman sudah dilepaskan keseluruhannya dari nasionalis Ukraine, menggunakan nama Moscow bagi Lyman.

    Lyman terletak di jalan menuju ke Kramatorsk dan Severodonetsk, yang pegawai polis di wilayah Lugansk memetik media kerajaan Rusia katakan ‘kini sudah dikepung’.

    Namun gabenor serantau Sergiy Gaiday memberitahu televisyen Ukraine, ‘Severodonetsk belum lagi ditutup…masih ada kemungkinan untuk menghantar bantuan kemanusiaan’.

    Ucapannya keluar ketika Rusia, dalam latihan tentera lain, berkata ia berjaya menguji peluru berpandu hipersonik di Artik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda