Saturday, March 29, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia dikenakan 8 lagi pakej sekatan

    MOSCOW, 6 OKT – Lapan pakej sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia melarang penyediaan khidmat teknologi maklumat (IT), kejuruteraan dan undang-undang kepada syarikat Rusia selain perkhidmatan aset kripto rakyat Rusia, lapor Sputnik memetik Suruhanjaya Eropah hari ini.

    “Pakej yang meluaskan skop perkhidmatan yang tidak lagi boleh diberikan kepada kerajaan Rusia atau pihak yang sah ditubuhkan di Rusia, kini termasuk perundingan IT, khidmat perundangan, seni bina dan perkhidmatan kejuruteraan,” menurut kenyataan itu.

    Pakej baharu itu juga meliputi larangan memberi khidmat ke atas aset kripto rakyat dan penduduk Rusia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda