COPENHAGEN, 24 April – Rusia telah dituduh menggodam Kementerian Pertahanan Denmark dan mendapatkan akses kepada e-mel pekerjanya pada tahun 2015 dan 2016, media tempatan melaporkan kelmarin.
Menteri Pertahanan Claus Hjort Frederiksen dipetik oleh agensi berita Denmark Ritzau sebagai berkata bahawa kumpulan itu berada di sebalik penggodaman itu yang dikaitkan dengan perkhidmatan perisikan Rusia.
“Ia dikaitkan dengan perkhidmatan perisikan atau unsur-unsur teras kerajaan Rusia, dan ia adalah satu perjuangan yang kekal untuk menjauhkan mereka,” kata Frederiksen. Menurut laporan oleh Pusat Keselamatan Siber dalam Perkhidmatan Perisikan Tentera, penggodam telah mendapatkan akses kepada apa yang dipanggil sebagi ‘maklumat bukan rahsia’, tetapi serangan itu masih boleh membahayakan keselamatan Denmark.
Laporan itu menjelaskan bahawa maklumat itu boleh digunakan untuk mengupah ejen dalam tentera Denmark. – Xinhua