Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia gesa gencatan senjata

    DOUMA, Syria, 27 Feb – Rusia menggesa bagi ‘gencatan senjata’ di Timur Ghouta, Syria, tatkala akur kepada tekanan supaya menghentikan pembunuhan beramai-ramai di enklaf yang dikuasai pemberontak yang mana pengeboman semakin berkurangan lewat semalam selepas serbuan maut selama beberapa jam.

    Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi gencatan senjata 30 hari adalah undang-undang lapuk sejak ia diluluskan Sabtu lalu dan Moscow, penyokong utama rejim Damsyik akhirnya menetapkan syaratnya sendiri untuk mengekang salah satu dari episod-episod pertumpahan darah paling teruk dalam konflik tujuh tahun Syria.

    PBB, Perancis dan Jerman telah membuat rayuan yang mendesak supaya Presiden Rusia, Vladimir Putin menuntut sekutunya Damsyik mengenakan gencatan senjata, termasuklah di Timur Ghouta yang mana lebih 500 orang awam terbunuh minggu lalu.

    Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata “Atas arahan Presiden Rusia, dengan matlamat mengelak kematian dan kecederaan orang awam di Timur Ghouta, bermula 27 Februari, bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang, gencatan senjata sementara dilaksanakan.”

    Menurut kenyataan yang dihantar kepada AFP, dia berkata seharusnya ada penghentian sementara yang serupa diadakan di rantau sempadan selatan Al-Tanf dan Rukban, dekat sempadan Jordan.

    Gambar yang diambil pada 25 Februari 2018 menunjukkan seorang lelaki warga Syria berjalan melintasi bangunan yang rosak akibat serangan udara tentera rejim di Douma, Timur Ghouta. Rusia pada 26 Februari lalu menggesa bagi ‘penghentian hak asasi kemanusiaan’ di kawasan tersebut. – AFP

    Shoigu berkata ‘wilayah kemanusiaan’ akan dibukakan untuk membolehkan orang awam meninggalkan tempat tersebut.

    Orang ramai akan dimaklumkan melalui risalah dan pesanan ringkas serta bas-bas dan kereta ambulan akan menunggu di penyeberangan untuk memindahkan mereka yang sakit dan tercedera, menurut Moscow.

    Kumpulan pemberontak Faylaq Al-Rahman mengkritik inisiatif itu.

    “Memaksa orang ramai supaya pergi atau berdepan kematian dalam pengeboman dan pengepungan membentuk jenayah Rusia,” jurucakapnya, Wael Alwan berkata melalui Twitter.

    Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, “Lima jam adalah lebih baik daripada tanpa waktu, tetapi kami ingin melihat penamatan semua permusuhan dilanjutkan 30 hari, seperti yang dinyatakan oleh Majlis Keselamatan.

    “Kami akan melakukan yang terbaik untuk menghantar lori-lori kami dan para pekerja kemanusiaan di kawasan ini,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda