Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu

    MOSCOW, 29 DIS – Gazprom, syarikat tenaga milik negara Rusia kelmarin mengumumkan bahawa ia akan menghentikan bekalan gas asli ke Moldova bermula 1 Januari, atas alasan pelanggaran kontrak dan pertikaian pembayaran yang belum diselesaikan, lapor agensi Anadolu (AA).

    Dalam satu kenyataan, Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali, yang disifatkan sebagai pelanggaran besar perjanjian.

    “Oleh kerana pihak Moldova enggan menyelesaikan tunggakan pembayaran bekalan gas, Gazprom PJSC secara rasmi memaklumkan kepada Moldovagaz mengenai keputusan untuk mengehadkan penghantaran gas asli kepada Moldova kepada sifar meter padu sehari, berkuat kuasa pada 8 pagi pada 1 Januari 2025,” kata syarikat itu.

    Gazprom turut menjelaskan bahawa sekatan itu akan kekal sehingga Moldovagaz mengeluarkan notis bertulis rasmi untuk meminta langkah itu ditarik balik. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Rusia, China meterai MoU bina saluran paip gas baharu

    BEIJING, 3 SEPT – Rusia berkata kelmarin ia telah...

    Itali kecewakan Moldova

    ITALI, 10 JUN – Itali berjaya mencapai kejayaan dalam...

    Hantaran gas Rusia ke Eropah melalui Ukraine dihentikan

    KYIV, 1 JAN – Penghantaran gas Rusia ke Eropah...

    Singapura sekat Allianz beli majoriti syarikat insurans tempatan

    SINGAPURA, 14 OKT – Singapura hari ini bertindak menyekat...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...