Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia hantar 2,100 tan minyak ditapis ke Korea Utara

    SEOUL, 20 NOV – Rusia telah mengeksport sejumlah 2,136 tan minyak ditapis ke Korea Utara dalam bulan September, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laman sesawang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

    Jumlah itu sedikit merosot berbanding 2,612 tan yang dihantar dari Rusia ke Korea Utara pada bulan sebelumnya, menurut laporan bulanan kepada jawatankuasa PBB yang menangani sekatan terhadap negara komunis tersebut. PBB mula meminta negara anggota melaporkan bekalan, penjualan atau pemindahan semua produk petroleum ditapis ke Korea Utara pada 2017 di bawah satu resolusi yang diterima pakai susulan pelancaran peluru berpandu jarak jauh Korea Utara.

    Resolusi 2397 meletakkan had siling bagi jumlah minyak ditapis yang boleh dieksport ke Korea Utara sebanyak 500,000 tong setiap tahun, yang bersamaan dengan kira-kira 60,000 hingga 65,000 tan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda