Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia hasil ubat baharu anti-COVID, MIR-19

    VLADIVOSTOK, 11 APRIL – Kerajaan Rusia akan memperuntukkan 387 juta rubel (AS$4.8 juta) bagi menghasilkan MIR-19, ubat anti-COVID yang dibangunkan saintis Rusia.

    Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin menandatangani dekri peruntukan dana itu, lapor Xinhua memetik kenyataan Kabinet, semalam.

    Dana itu akan disalurkan kepada Institut Imunologi Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan untuk menaik taraf sistem dan membeli peralatan yang diperlukan.

    MIR-19 didaftarkan Kementerian Kesihatan Rusia pada 22 Disember 2021 sebagai ubat yang mencegah dan merawat jangkitan COVID-19 melalui pulmonari atau intranasal administration.

    Ia dapat menghentikan virus menjadi berganda dan menghalang jangkitan semakin teruk, serta pneumonia dan sindrom pernafasan akut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda