Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia kejar impian ke bulan

    MOSCOW, 29 OGOS – Kremlin berkata hari ini bahawa Rusia tidak akan melepaskan cita-citanya untuk mendaratkan jenteranya di bulan selepas misi lunar pertamanya dalam hampir 50 tahun gagal bulan ini.

    Modul Luna-25 terhempas di permukaan Bulan selepas insiden sebelum pendaratan.

    Misi India beberapa hari kemudian pula berjaya mendarat berhampiran kutub selatan bulan.

    “Kita tahu bahawa cabaran dalam mencapai bintang bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara utama adalah meneruskan program Rusia,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada pemberita.

    “Rancangan itu mempunyai harapan tinggi dan ia akan direalisasikan,” katanya, sambil menambah bahawa misi yang gagal itu bukan sebab untuk ‘bertindak panik.’

    Misi Luna-25 bertujuan untuk menandakan pengembalian Moscow kepada penjelajahan bulan yang bebas ketika menghadapi masalah kewangan dan skandal rasuah dan pengasingan yang semakin meningkat dari Barat.

    Kali terakhir ia mendaratkan kapal angkasa di Bulan pada 1976, sebelum beralih daripada penerokaan bulan sebagai memilih misi ke Zuhrah dan membina stesen angkasa Mir. – AFP

    Roket Soyuz-2.1b dengan jentera pendarat Luna-25 berlepas dari landasan pelancaran di Vostochny Cosmodrome di Timur Jauh Rusia, 11 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda