Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia keluar amaran risiko tsunami

    MOSCOW, 1 JAN – Pulau Sakhalin di Rusia dan bandar Vladivostok di Pasifik berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ hari ini terhadap kemungkinan risiko tsunami selepas gempa bumi besar melanda Jepun.

    Amaran itu keluar selepas gempa bumi kuat 7.5 di Jepun mencetuskan amaran tsunami, dengan pihak berkuasa Jepun menggesa orang ramai berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

    Sakhalin ialah pulau memanjang di utara Jepun dan Vladivostok ialah bandar Pasifik utama Rusia.

    Pihak berkuasa di Sakhalin berkata pantai barat pulau itu mungkin terjejas oleh gelombang tsunami, tetapi menegaskan ia tidak akan menimbulkan ancaman besar kepada kehidupan di pulau itu dan tidak mengarahkan pemindahan.

    Perkhidmatan kecemasan menyeru orang ramai supaya ‘bertenang’.

    “Kawasan pantai di pantai barat Sakhalin mungkin terjejas oleh gelombang tsunami,” kata perkhidmatan kecemasan.

    “Pada masa ini… penduduk tidak dipindahkan memandangkan jangkaan ketinggian ombak tidak melebihi 50 sentimeter,” katanya.

    Ombak dijangka sampai ke hujung selatan pulau itu, di daerah Nevelsky, pada jam 8:44 malam waktu tempatan.

    “Nelayan dan semua orang yang merancang untuk pergi ke laut, perlu segera kembali ke pantai,” kata pihak berkuasa bandar di media sosial. – AFP

    Gambar menunjukkan kebakaran meletus susulan gempa bumi di Wajima, wilayah Ishikawa, Jepun kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda