Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rusia kemas kini sistem pertahanan udara Moscow

    MOSCOW, 22 MAC – Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu hari ini mengumumkan rancangan untuk mengemas kini sistem pertahanan anti-peluru berpandu di ibu negara Moscow selepas serangan dron Ukraine ke atas wilayah Rusia.

    Beberapa sistem pertahanan udara telah dipasang di atas bumbung bangunan di sekitar Moscow pada tahun ini.

    “Tahun ini, kami akan menyelesaikan pengemaskinian sistem pertahanan anti-peluru berpandu di bandar Moscow,” kata Shoigu dipetik oleh agensi berita Rusia.

    Beliau berkata bahawa pembangunan senjata pertahanan udara adalah salah satu keutamaan bagi tentera negara.

    Shoigu berkata tentera akan membentuk sebuah briged divisyen pertahanan udara yang akan dilatih dan dilengkapi dengan sistem peluru berpandu udara-ke-permukaan darat genarasi baharu S-350.

    Beliau tidak mengesahkan sama ada rancangan baharu ini mempunyai kaitan dengan konflik di Ukraine.

    Serangan dron ke atas wilayah Rusia dan di Crimea yang diambil alih oleh Moscow telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, lebih daripada satu tahun dalam operasi Rusia di Ukraine.

    Pada hari ini, pihak berkuasa di Crimea mendakwa tentera laut Rusia berjaya mengelak serangan dron di pelabuhan Sevastopol.

    Bulan lalu, sebuah dron cuba men-yerang sebuah pusat kemudahan di rantau Moscow. – AFP

    : Drone terbang di atas kedudukan tentera Ukraine berhampiran Bachmut pada 20 Mac 2023, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...