Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia lancar kapal kargo ke angkasa

    MOSCOW, 30 JUN – Rusia hari ini berjaya melancarkan kapal pengangkut angkasa yang membawa bekalan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dari kosmodrom Baikonur di Kazakhstan.

    Roket Soyuz yang membawa kapal angkasa lepas Progress dilancarkan pada 2:27 pagi waktu Moscow dari steppe Kazakh dan tiba di orbit sasarannya, kata agensi angkasa lepas Roscosmos dalam satu kenyataan. Pendaratan kapal di ISS dijadual dilakukan pada 0402 waktu pagi Moscow pada Jumaat dan akan bersifat automatik. Progress MS-17 membawa lebih 470 kilogram bahan api, 420 liter air dan pelbagai bekalan lain.

    Program angkasa lepas Rusia dikenali kerana berjaya menghantar lelaki pertama ke angkasa pada 1961 dan melancarkan satelit pertamanya, Sputnik 1, empat tahun lebih awal, serta pencapaiannya masih menjadi sumber utama kebanggaan negara. Namun sejak satu dekad lalu, negara itu telah mengalami beberapa siri halangan, terutamanya kehilangan satelit mahal dan kapal bekalan Progress. – AFP

    Gambar keluaran Agensi Roscosmos, kelihatan roket Soyuz dengan kapal kargo Progress MS-17 berlepas dari pusat angkasa Rusia di Baikonur, Kazakhstan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda