Selasa, Julai 29, 2025
33 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia lancar penerbangan terus ke Pyongyang

    MOSCOW, 28 JULAI – Rusia kelmarin telah membuka laluan penerbangan tetap antara Moscow dan Pyongyang, mencerminkan hubungan yang semakin rapat antara kedua-dua negara.

    Penerbangan pertama yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Nordwind, berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow dengan membawa lebih 400 penumpang. Kementerian Pengangkutan Rusia turut menyatakan nega-ra itu akan melancarkan satu penerbangan setiap bulan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

    Manakala, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov baru-baru ini telah melawat pusat peranginan pantai baharu, Wonsan-Kalma di Korea Utara dan bertemu dengan Kim Jong Un dan beliau berjanji akan menggalakkan pelancong Rusia untuk mengunjungi kompleks tersebut.

    Pusat peranginan itu, yang mampu menampung hampir 20,000 orang, menjadi tumpuan Kim untuk meningkatkan sektor pelancongan demi memulihkan ekonomi negaranya.

    Korea Utara telah melonggarkan sekatan yang dikenakan semasa pandemik dan membuka semula sempadannya secara berperingkat. Namun begitu, negara itu belum menyatakan secara rasmi sama ada ia akan menyambung semula pelancongan antarabangsa sepenuhnya.

    Penerbangan tetap antara bandar Vladivostok dan Pyongyang telah disambung semula pada 2023 selepas terhenti akibat pandemik COVID-19. – AP

    Pesawat Boeing 777-200ER milik Nordwind Airlines semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow, Rusia, pada 27 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda