Rusia lancar reaktor nuklear terapung

MOSCOW, 23 OGOS – Rusia akan melancarkan reaktor nuklear terapung pertama dunia dan menghantarnya bagi satu perjalanan epik mengharungi lautan Artik hari ini, meskipun aktivis alam sekitar memberi amaran mengenai risiko besar ke atas rantau itu.

Dipenuhi dengan minyak nuklear, Akademik Lomonosov akan meninggalkan pelabuhan Murmansk untuk memulakan pelayaran sejauh 5,000 kilometer ke Siberia.

Agensi nuklear, Rosatom, berkata reaktor itu adalah alternatif mudah bagi membina loji konvensional di darat yang beku sepanjang tahun, dan ia mahu menjual reaktor seperti itu di luar negara.

Tetapi kumpulan alam sekitar sudah lama memberi amaran mengenai risiko bahaya projek itu, menganggapnya berpotensi menjadi ‘Chernobyl di atas ais’ dan ‘Titanic nuklear’.

Satu letupan maut bulan ini di tapak ujian ketenteraan di utara Rusia yang menyebabkan peningkatan tahap radioaktif, turut mencetuskan kebimbangan.

Pelayaran reaktor itu dijangka memakan masa antara empat dan enam minggu, bergantung pada keadaan cuaca dan jumlah ais dalam perjalanannya.

Apabila ia tiba di Pevek, bandar Siberia yang dihuni oleh 5,000 orang, ia akan menggantikan sebuah loji nuklear setempat dan sebuah loji kilang yang sudah ditutup. – AFP