Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia lanjutkan penutupan ruang udara

    MOSCOW, 29 APRIL – Penutupan ruang udara di 11 lapangan terbang di bahagian selatan dan tengah Rusia yang bersempadan dengan Ukraine telah dilanjutkan sehingga 7 Mei, menurut Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia (Rosaviatsiya) pada Jumaat.

    “Penutupan ruang udara sementara di 11 lapangan terbang Rusia telah dilanjutkan sehingga 7 Mei 2022, 3:45 pagi waktu Moscow (0:45 GMT),” menurut satu kenyataan.

    Sekatan itu tertakluk kepada lapangan terbang di bandar Anapa, Belgorod, Bryansk, Voronezh, Gelendzhik, Krasnodar, Kursk, Lipetsk, Rostov-on-Don, Simferopol dan Elista.

    Syarikat penerbangan Rusia disyorkan untuk mengatur laluan alternatif menggunakan lapangan terbang Sochi, Volgograd, Mineralnye Vody, Stavropol, dan Moscow.

    Rosaviatsiya mengumumkan penutupan ruang udara pada 24 Februari berikutan permulaan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda