LONDON, 23 JUN – Pengintip tentera Britain hari ini berkata Rusia nampaknya sedang melatih ikan lumba-lumba tempur di semenanjung Crimean, dijangka digunakan untuk memerangi tentera Ukraine.
Dalam kemas kini terbaharu mengenai konflik itu, Perisikan Pertahanan UK berkata Tentera Laut Rusia telah melabur banyak dalam keselamatan di pangkalan utama Armada Laut Hitam di Sevastopol sejak tahun lepas.
“Ini termasuk sekurang-kurangnya empat lapisan jaring dan ‘boom’ merentasi pintu masuk pelabuhan. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertahanan ini berkemungkinan besar turut ditambah dengan peningkatan bilangan mamalia marin terlatih,” tambahnya.
“Imej menunjukkan hampir dua kali ganda sangkar mamalia terapung di pelabuhan yang berkemungkinan besar mengandungi ikan lumba-lumba jenis ‘bottled nosed’. – AFP