Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria

    MOSCOW, 4 FEB – Rusia kelmarin telah mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.

    Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharov berkata AS sekali lagi menunjukkan ‘tindakan’ yang agresif dan mengabaikan undang-undang antarabangsa, lapor agensi Anadolu.

    Beliau berkata serangan itu menyebabkan kemusnahan infrastruktur awam dan korban dalam kalangan rakyat biasa.

    “Penyertaan Tentera Udara Diraja British dalam serangan AS itu seharusnya tidak menimbulkan ilusi seakan ‘gabungan antarabangsa’. London masih belum menjawab atas tindakannya menyokong tindakan provokatifnya,” katanya.

    Zakharova menuduh AS sengaja memburukkan lagi keadaan.

    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan baharu Amerika-British terhadap negara berdaulat. Kami sedang berusaha untuk mencari pertimbangan segera mengenai situasi berkenaan melalui Majlis Keselamatan PBB,” katanya.

    AS memulakan serangan udara pada Jumaat terhadap Revolutionary Guards Corps-Quds Force Force dan pasukan yang disokong Iran di Iraq dan Syria selepas serangan dron membunuh tiga tentera Amerika di Jordan akhir bulan lalu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...