Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia mampu ranapkan harapan Sepanyol

    MOSCOW, 1 Julai – Penjaring terbanyak Rusia, Denis Cheryshev berkata pasukan tuan rumah boleh mengecewakan juara Piala Dunia 2010, Sepanyol dalam perlawanan peringkat 16 hari ini meskipun terdapat perbezaan yang ketara apabila dilihat dari segi pemain berbakat antara kedua-dua pasukan.

    Rusia menyertai kejohanan berprestij itu sebagai pasukan yang menduduki ranking ke-70 dunia namun berjaya mencatat kemenangan ke atas Arab Saudi dan Mesir sekali gus meningkatkan jangkaan.

    Sekarang mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi Sepanyol untuk meneruskan perjalanan mereka selepas mara ke peringkat kalah mati buat pertama kali dalam era selepas Soviet.

    Pemain sayap Villarreal, Cheryshev yang kini mengumpul tiga gol setakat ini, merancang untuk merobek pertahanan Sepanyol.

    Sementara itu, pasukan kendalian Fernando Hierro kini bolos lima gol dalam tiga perlawanan dengan persoalan yang timbul mengenai penampilan penjaga gol Manchester United, David de Gea yang kurang menyakinkan.

    “Itu adalah matlamat saya sebagai pemain penyerang,” kata Cheryshev.

    “Sepanyol memiliki pemain hebat dan mungkin menjadi pasukan paling handal di dunia, apa yang penting, mereka hampir menjadi pasukan yang terbaik. Tetapi mana-mana pasukan boleh mengatasi pasukan lawan dan kami sudah setentunya akan melakukan yang terbaik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda