Monday, February 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia, Myanmar tingkat perdagangan, projek infrastruktur

    NAYPYIDAW, 23 FEB – Jumlah perdagangan antara Rusia dan Myanmar meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh 11 bulan pertama 2024, dengan kedua-dua negara mempunyai potensi untuk pertumbuhan perdagangan selanjutnya dan pelaksanaan projek infrastruktur, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Maxim Reshetnikov hari ini semasa lawatannya ke Myanmar, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Program lawatan itu bermula dengan pertemuan antara Reshetnikov dan Perdana Menteri Myanmar merangkap Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara, Min Aung Hlaing.

    “Kami membincangkan pelbagai isu kerjasama dua hala, termasuk pelaksanaan projek infrastruktur pelaburan serta kerjasama perdagangan dan ekonomi,” kata Reshetnikov.

    Beliau berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Rusia dan Myanmar telah mempercepatkan kadar kerjasama, beralih kepada projek khusus dan mencapai hasil yang serius.

    “Myanmar merupakan pasaran yang menjanjikan dengan populasi yang semakin meningkat, kadar pengangguran rendah dan ekonomi yang sedang berkembang,” tambahnya.

    Rusia mengeksport baja mineral, produk petroleum dan ubat-ubatan ke Myanmar manakala Myanmar mengeksport beras, jem buah-buahan, tekstil dan kasut ke Rusia. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda