Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia pecat Stanislav Cherchesov

    MOSCOW, 9 JULAI – Selepas Rusia tersingkir di peringkat kumpulan Euro 2020, jurulatih Stanislav Cherchesov dipecat, kata persekutuan bola sepak Rusia, semalam.

    “Kesatuan Bolasepak Rusia, bersama ketua jurulatih pasukan kebangsaan Stanislav Cherchesov, telah memutuskan untuk menamatkan kontrak bersama dengan pakar dan jurulatihnya yang lain,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.

    Persekutuan Rusia mengatakan bahawa ia akan mula mencari pengganti untuk memimpin pasukan itu dalam kelayakan ke Piala Dunia 2022 di Qatar tanpa menamakan calon yang berpotensi menggantikannya.

    Cherchesov mula mengambil alih sebagai jurulatih pasukan pada bulan Ogos 2016 setelah kegagalan mereka mara dari peringkat kumpulan di Euro terakhir, yang menyebabkan pemecatan jurulatih sebelum ini Leonid Slutsky.

    Cherchesov sebelum ini berjaya membawa pasukannya ke suku akhir Piala Dunia 2018 selaku tuan rumah, tetapi dua perlawanan di peringkat kumpulan di Saint Petersburg tidak membantu pasukannya kali ini.

    Rusia kalah oleh Belgium 3-0 dan Denmark 4-1, sementara Rusia hanya berjaya mengalahkan Finland 1-0 dan menduduki tempat terakhir dalam kumpulan.

    Jurulatih berusia 57 tahun itu dikritik di Rusia setelah penyingkiran awal pasukannya tetapi berulang kali menolak untuk mengundurkan diri, dengan mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk meneruskan tugasnya. – AFP

    Pengurus Rusia, Stanislav Cherchesov semasa perlawanan menentang Denmark di Stadium Parken di Copenhagen, pada 21 Jun lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda