Saturday, February 8, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia penentu nasib syarikat Balkan Agrokor

    ZAGREB, 2 Nov – Moscow amat berkait rapat dalam nasib syarikat makanan dan runcit Balkan Agrokor tatkala dua daripada pemiutang utamanya adalah bank yang dikendalikan oleh kerajaan Rusia, dengan penganalisis berkata geopolitik merupakan sesuatu yang akan dihadapi oleh pelabur ekonomi teratas Croatia.

    Pada bulan lalu, pihak berkuasa mengeluarkan satu waran tangkap antarabangsa ke atas pemilik Agrokor Ivica Todoric selapas disyaki memalsukan akaun untuk menyembunyikan hutang yang dianggarkan berjumlah sekurang-kurangnya 5.4 bilion euro.

    Agrokor berhutang kepada Sberbank dan VTB, dua bank yang dikawal oleh kerajaan Rusia, di mana masing-masing berhutang kira-kira 1.1 bilion euro dan 300 juta euro.

    Dengan kira-kira 60,000 pekerjaan, dua pertiga di antara mereka di Croatia, Agrokor adalah majikan terbesar di rantau di mana kadar pengangguran adalah tinggi. Rangkaian pembekalnya bermakna berpuluh ribu lagi pekerjaan akan terjejas.

    Pendapatan syarikat yang berpangkalan di Zagreb membentuk kira-kira 15 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Croatia – maka apabila berdepan dengan kemerosotan teruk, kerajaan pada April melantik seorang pengurus krisis untuk memimpin proses penyusunan semula.

    Gambar ibu pejabat Agrokor dalam gambar fail 3 April 2017. – AFP

    Isu tersebut dikemukakan dalam agenda Presiden Kolinda Grabar-Kitarovic ketika satu lawatan ke Moscow pada Oktober, yang pertama oleh seorang pemimpin Croatia sejak 2009.

    “Ia adalah isu korporat yang tidak harus membebankan hubungan di antara Zagreb dan Moscow,” kata beliau.

    Rakan sejawatan Rusia Vladimir Putin memberitahu wartawan selepas mesyuarat mereka bahawa kedua-dua bank sedang mengambil bahagian dalam program pemulihan kewangan Agrokor.

    Jurucakap beliau Dmitry Peskov berkata ‘Sberbank akan melindungi kepentingannya’ dan ‘Rusia akan menyokong syarikat kami dalam isu berkenaan’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda