Rusia sedia bantu isu ketegangan Turki-Greece

NICOSIA, 8 SEPT – Menteri luar Rusia hari ini berkata Moscow bersedia untuk membantu mengurangkan ketegangan isu penerokaan tenaga Turki di timur Mediterranean.

Sergey Lavrov berkata Moscow sedang memantau situasi di rantau itu dan akan membantu untuk memulakan ‘dialog sebenar’ dengan semua pihak yang akan memberikan ‘penyelesaian yang boleh diterima bersama’.

Lavrov berkata demikian selepas perjumpaan dengan presiden Cyprus, Nicos Anastasiades semasa lawatan rasmi ke negara pulau tersebut.

Greece dan Turki berada dalam ketegangan sejak beberapa minggu kebelakangan ketika kapal peneroka Turki dan kapal penggerudian meneruskan kerja penerokaan gas di perairan di antara Greece dan Cyprus yang menuntut hak eksklusif ekonomi.

Pihak tentera Greece dan Turki telah mengadakan latihan ketenteraan di kawasan tersebut bagi menunjukkan kekuatan tentera.

Tentera udara Greece mengadakan latihan ketenteraan di kawasan timur Mediterranean yang berbalah. Menteri luar Rusia berkata Moscow bersedia untuk membantu mengurangkan ketegangan antara Turki dan Greece. – AP

Ahli Kesatuan Eropah, Greece dan Cyprus menuduh Turki melanggar peraturan antarabangsa dan ‘diplomasi kapal perang’. Turki menegaskan ia mempertahankan hak mereka dan hak-hak penduduk Turki Cyprus yang berpisah kerana berpecah belah dengan Cyprus secara etnik untuk mengongsikan hak dari kawasan yang berpotensi mempunyai gas.

EU sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan yang lebih keras ke atas Turki selepas tindakan ‘salah’ mereka jika rundingan gagal dan menemui jalan buntu.

Kunjungan Lavrov diadakan sebulan setelah Anastasiades meminta presiden Rusia, Vladimir Putin untuk secara peribadi masuk campur agar Turki ‘yakin untuk menghentikan tindakan yang melanggar undang-undang tersebut’.

Tetapi diplomat tertinggi Rusia turut meluahkan rasa bimbang mereka mengenai apa yang mereka katakan sebagai usaha Amerika Syarikat untuk mengucar-ngacirkan ‘konflik daripada mencari penyelesaian aman’ di timur Mediterranean.

Lavrov tidak menyenangi keputusan Washington untuk melonggarkan separa sekatan senjata Cyprus yang telah dibuat untuk menghalang perlumbaan senjata yang akan menghindari perbincangan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyatukan pulau tersebut.

Sekatan dilaksanakan bahagian selatan, sebahagian daripada pulau Greece Cyprus, di mana kerajaan Cyprus telah diiktiraf antarabangsa. – AP