Rusia sedia labur di Afrika

MOSCOW, 21 OKT – Presiden Vladimir Putin membuka sidang kemuncak pertama Rusia dengan berpuluh pemimpin Afrika pada Rabu tatkala Moscow berusaha untuk mempengaruhi benua itu bersama Barat dan China.

Pemimpin Rusia menggelar acara dua hari sebagai ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’ tatkala tempat peranginan Sochi bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada lebih 3,000 wakil perniagaan dan delegasi lain. Putin membezakan pendekatan Rusia dalam kerjasama di Afrika dengan apa yang digelarnya hasrat Barat untuk ‘memberi tekanan, menakutkan dan memeras ugut’ pemimpin Afrika demi ‘mengaut keuntungan besar.’

Rusia ‘sedang bersedia untuk menjalankan projek pelaburan bernilai berbilion dolar’ di Afrika, kata Putin dalam temu bual bersama agensi berita TASS.

Bagi Putin, sidang kemuncak merupakan satu peluang untuk memulihkan hubungan era-Soviet dan membina gabungan baharu, merangsang ekonomi Rusia berikutan sekatan Barat lima tahun.

Beliau juga akan mempertingkat kewibawaannya sebagai peserta global – sidang kemuncak akan berlangsung selepas Putin membincang krisis Syria dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Sochi esok. Rusia tidak dapat menandingi kekuatan ekonomi China, tetapi seperti Beijing, ia bersedia menyokong pemimpin Afrika dengan rekod hak kontroversi sebagai tukaran kepada akses kepada kekayaan benua.

Rusia bersedia bukan untuk ‘mengagih semula’ kekayaan benua, tetapi bersaing untuk kerjasama dengan Afrika,” kata Putin. – AFP