Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia sedia untuk perjanjian nuklear baharu

    PETROPAVLOVSK-KAMCHATSKY, Rusia, 29 April – Rusia bersedia untuk perjanjian nuklear yang baharu namun berpendapat perkara itu memerlukan rundingan serius, lapor agensi berita Sputnik.

    “Pertama sekali, kita harus menghormati perjanjian yang masih ada. Kita bersedia untuk yang baharu, tetapi ia memerlukan rundingan serius terlebih dahulu, sayangnya tiada siapa memulakannya,” kata pegawai Kremlin, Yury Ushakov kelmarin.

    Beliau berkata baru-baru ini Presiden Donald Trump menyuarakan pandangannya China, Rusia dan Amerika Syarikat perlu tampil dengan perjanjian kawalan senjata nuklear yang baharu.

    Bagaimanapun, Ushakov berkata pihaknya tidak mengetahui butiran lanjut mengenai perkara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda