Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Rusia sekat eksport petrol dan diesel

    MOSCOW, 22 SEPT – Rusia menghentikan eksport petrol dan diesel kelmarin berkuatkuasa serta-merta bagi menstabilkan pasaran bahan api domestik, lapor agensi berita dpa.

    Arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Mikhail Mishustin, itu merupakan langkah sementara, tetapi tiada tarikh tamat diberikan.

    “Sekatan sementara akan membantu memenuhi pasaran bahan api, yang seterusnya akan membolehkan penurunan harga untuk pengguna,” kata kerajaan dalam kenyataan di Moscow.

    Hanya beberapa pengecualian dibenarkan, termasuk bekalan yang dipersetujui negara itu dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia yang didominasi Moscow, termasuk negara seperti Kazakhstan dan Belarus, lapor agensi berita Interfax.

    Langkah itu diambil ekoran kenaikan mendadak harga bahan api di Rusia. Di sesetengah wilayah, bekalan petrol dan diesel semakin berkurangan, terutama di selatan negara itu yang memerlukannya untuk pertanian.

    Kerajaan sebelum itu cuba meningkatkan jumlah bahan api yang didagangkan di bursa domestik. Ia juga memantau harga, khususnya yang perlu dibayar oleh pengguna pertanian.

    Rusia masih menjadi antara pengeksport utama petrol dan diesel walaupun berlaku sekatan Barat ekoran perangnya terhadap Ukraine. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...