Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia: Sekatan Myanmar boleh cetus ‘perang saudara’

    MOSCOW/MYANMAR, 6 APRIL – Rusia hari ini berkata, pihaknya menentang sekatan terhadap junta tentera di Myanmar kerana tindakan itu boleh mencetuskan perang saudara berskala besar di negara itu.

    “Ancaman dan tekanan termasuk mengenakan sekatan terhadap pihak berkuasa Myanmar ketika ini tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya amat berbahaya.

    “Dasar sedemikian akan menyebabkan penduduk Myanmar terdedah kepada perang saudara,” kata jurucakap Kementerian Luar Rusia yang dipetik oleh agensi berita Interfax.

    Myanmar mengalami kekacauan sejak 1 Februari lalu apabila tentera menggulingkan dan menahan pemimpin awam, Aung SanSuuKyi, mengakhiri eksperimen selama satu dekad negara itu dengan demokrasi.

    Menurut kumpulan pemerhati tempatan, lebih 550 individu terbunuh dalam pergolakan membabitkan penduduk yang membantah pemerintahan tentera. – AFP

    Seorang wanita menaiki beca melalui jalan yang disimbah cat merah oleh penunjuk perasaan antikudetaMyanmar bagi membantah keganasan membawa maut junta semasa demonstrasi di Yangon, Myanmar. Rusia memberi amaran sekatan terhadap Myanmar akan mencetuskan perang saudara berskala besar. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda