MOSCOW, 5 Nov – Pengebom jarak jauh Rusia telah melancarkan serangan udara ke atas kawasan pengganas di timur Syria pada sabtu lalu, menurut Menteri Pertahanan Rusia.
Serangan tersebut disasarkan ke arah tempat penyimpan senjata dan peluru termasuk tempat utama kumpulan militan IS yang terletak berhampiran dengan bandar Abu Kamal di timur Syria kawasan Deir ez-Zor hampir dengan kawasan sempadan Syria-Iraq, menurut menteri dalam kenyataannya.
Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan sasaran utama mengalami kemusnahan yang teruk dan semua pesawat telah kembali ke pengkalan di Rusia selepas menyelesaikan misi tersebut.
Tentera Rusia baru-baru ini memperkuatkan lagi usaha mereka untuk menentang pengganas IS di Syria. Menurut Menteri Pertahanan, Pengebom jarak jauh Rusia telah melancarkan 18 serangan udara dan kapal selam Rusia telah menyerang pengganas IS sejak rabu. – Xinhua