MOSCOW, 31 Mei – Sebuah kapal perang dan kapal selam Rusia telah melancarkan peluru-peluru berpandu pada sasaran-sasaran kumpulan Islamic State (IS) di sekitar Palmyra di Syria dari Mediterrranean, menurut Moscow hari ini, serangan seumpama itu yang diumumkan dalam beberapa bulan.
Laksamana kapal perang Essen dan kapal selam Krasnodar melancarkan empat serangan terhadap perkakas tentera dan pejuang dari kumpulan jihad itu yang telah meninggalkan ibu negeri de-facto mereka di Raqa, menurut tentera Rusia itu dalam satu keterangan.
“Kesemua sasaran telah terkena,” menurut keterangan itu, tanpa menyatakan bila serangan-serangan itu berlaku.
Moscow berkata bahawa tentera AS, Turki dan Israel “telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai pelancaran-pelancaran peluru berpandu itu melalui saluran-saluran komunikasi yang sedia ada.”
Presiden Vladimir Putin telah diberi taklimat ringkas mengenai kejayaan-kejayaan serangan itu oleh Menteri Pertahanan Sergei Shoigu, menurut Kremlin.
Rusia telah menjalankan kempen pengeboman sejak 2015 dalam sokongan Presiden Bashar al-Assad dan mempunyai kontinjen tentera laut dikerahkan ke timur Mediterranean untuk meningkatkan kuasanya.
Moscow bagaimanapun tidak mengumumkan sebarang serangan dari laut sejak beberapa bulan memandangkan ia memfokuskan dalam mencapai gencatan senjata rapuh di antara kerajaan dan para pemberontak.
Kumpulan IS tidak termasuk dalam gencatan senjata itu. – AFP