Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia tahan warga Amerika disyaki mengintip

    MOSCOW, 31 Dis – Rusia berkata hari ini perkhidmatan keselamatannya telah menahan seorang warga Amerika Syarikat (AS) di Moscow yang dituduh mengintip, siri terbaharu dalam kes pengintipan antara Rusia dan Barat.

    Perkhidmatan keselamatan tempatan FSB berkata warga Amerika itu telah ditangkap pada Jumaat ‘semasa menjalankan aksi pengintipan’.

    Kes jenayah telah dibuka, kata FSB dalam satu kenyataan di bawah Artikel 276 Kod Jenayah Rusia, yang membolehkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

    Kenyataan itu mengenal pasti warga Amerika di Rusia, menggunakan nama yang diterjemahkan sebagai Paul Whelan, namun tiada butiran lain diperolehi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda