Thursday, December 5, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia tarik diri dari CERN, projek penyelidikan sains terbesar dunia

    GENEVA, 3 NOV – Kerjasama selama puluhan tahun antara Rusia dan Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva bakal berakhir dalam masa terdekat.

    Pengarah bahagian fizik zarah di Synchrotron Elektron Jerman di Hamburg, Beate Heinemann, memberitahu agensi berita Jerman, dpa bahawa hal itu mungkin membawa pelbagai implikasi negatif kepada projek itu.

    “Ini bukan bermakna penyelidikan tertentu tidak lagi boleh dijalankan, tetapi ia menyukarkan keadaan dan boleh menyebabkan kelewatan,” katanya.

    CERN, yang diasaskan semasa kemuncak Perang Dingin pada 1954, adalah antara kemudahan penyelidikan terpenting di dunia untuk fizik zarah dan menempatkan particle accelerator paling kuat di dunia. Ribuan saintis dari puluhan negara terlibat dalam eksperimen CERN.

    Kira-kira 1,000 saintis dari Rusia terlibat dalam projek ini, menurut Pengarah Penyelidikan CERN, Joachim Mnich, kepada dpa.

    Beliau berkata mereka telah menyumbang dengan berkongsi kepakaran mereka sebanyak mungkin sebelum berundur.

    “Kami tidak dapat meneruskan operasi satu daripada detector component, namun kami berharap tiada kehilangan besar dalam hasil saintifik.”

    CERN memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan Rusia dan Belarus sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2023. – Bernama

    Foto menunjukkan bangunan Science Gateway di pintu masuk CERN di Meyrin, berhampiran Geneva. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda