Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Rusia tembak misil ke Kyiv

    KYIV, UKRAINE, 29 MEI – Rusia melepaskan peluru berpandu bertubi-tubi ke Kyiv hari ini menyebabkan penduduk panik berlari mencari perlindungan dalam serangan luar biasa pada siang hari ke atas ibu negara Ukraine susulan serangan semalaman.

    Satu siri letupan kedengaran di Kyiv hari ini ketika Rusia menyasarkan bandar itu buat kali kedua dalam tempoh 24 jam.

    Wartawan AFP mendengar sekurang-kurangnya 10 letupan dari sekitar 11:10 pagi waktu tempatan di Kyiv, bermula hanya beberapa minit selepas amaran serangan udara dibunyikan.

    Pihak berkuasa berkata, pertahanan udara Ukraine telah menjatuhkan setiap peluru berpandu Rusia yang dilancarkan ke atas wilayah Kyiv.

    “Sebanyak 11 peluru berpandu ditembakkan: ‘Iskander-M’ dan ‘Iskander-K’ dari arah utara,” kata ketua angkatan tentera Ukraine, Valery Zaluzhny.

    Penduduk tempatan berlindung di stesen metro tengah Kyiv pada 29 Mei. – AFP

    “Semua sasaran telah dimusnahkan oleh pertahanan udara,” tambahnya.

    Sergiy Popko, ketua pentadbiran bandar Kyiv, berkata tentera Rusia menyerang pada waktu pagi apabila ‘kebanyakan penduduk sedang bekerja dan berada di jalanan’.

    “Rusia jelas menunjukkan bahawa mereka bertujuan untuk memusnahkan penduduk awam,” katanya di Telegram.

    “Serpihan direkodkan jatuh di bahagian lain di bandar ini,” kata Popko, sambil menambah maklumat mengenai mangsa sedang dikenal pasti.

    Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko berkata pada awal hari ini seorang telah dimasukkan ke hospital.

    Orang ramai berlari untuk berlindung di stesen metro di tengah Kyiv ketika bunyi letupan kuat kedengaran, kata wartawan AFP.

    Ramai penduduk telah terbiasa mengabaikan siren serangan udara tetapi tembakan yang kuat menyebabkan reaksi panik.

    Di bawah platform stesen metro Khreshchatyk, orang ramai berdiri dan duduk di tangga memeriksa telefon bimbit mereka.

    “Saya melihat 6, 7 atau 8 letupan di langit. Itulah sebabnya saya datang ke sini bersama rakan sekerja saya. Saya sedang menunggu serangan udara itu tamat,” kata Maksym, seorang tukang paip, duduk di tangga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...