Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia tingkatkan eksport hidrokarbon ke China

    MOSCOW, 19 OGOS – Rusia meningkatkan eksport hidrokarbonnya ke China dan kini menjadi pembekal minyak terbesar di pasaran China, menurut kenyataan kerajaan Rusia, lapor Sputnik.

    “Kerjasama strategik dalam sektor tenaga semakin mendalam. Jumlah eksport hidrokarbon Rusia ke China semakin meningkat.

    Ia menjadikan Rusia sebagai pembekal minyak terbesar ke pasaran China dan turut menduduki kedudukan teratas dalam eksport arang batu dan LNG,” menurut kenyataan itu.

    Kerajaan itu berkata Rusia dan China secara sistematik meningkatkan bekalan gas asli melalui saluran paip Power of Siberia, selain merancang saluran paip gas untuk laluan Timur Jauh dan sedang merangka syarat untuk mengeksport gas melalui Mongolia. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda