Sunday, November 10, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia tutup lalu lintas dua lapangan terbang

    MOSCOW, 15 MEI – Rusia hari ini mengumumkan bahawa lapangan terbang utama berhampiran bandar Kazan, 1,000 kilometer dari Ukraine, telah ditutup buat sementara waktu selepas wilayah itu menjadi sasaran serangan dron Ukraine.

    Tentera Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini meningkatkan serangan udara ke atas wilayah sempadan Rusia tetapi juga berjaya menyerang sasaran jauh di dalam wilayah Rusia.

    Kementerian pertahanan berkata ia telah menembak jatuh dron Ukraine di wilayah tengah Tatarstan tetapi tidak menyatakan sasaran serangan itu.

    Dua lapangan terbang di rantau itu, termasuk di hab utama Kazan, ditutup buat sementara waktu sekitar masa yang sama, umum badan penerbangan Rusia, Rosaviatsia.

    “Bagi memastikan keselamatan pesawat awam, sekatan sementara telah dikenakan ke atas operasi dua lapa-ngan terbang di Tatarstan, Kazan dan Nizhnekamsk,” agensi berita negara memetik kenyataan agensi itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda