Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia, Ukraine tukar 200 tahanan

    NEW YORK, 22 SEPT – Rusia dan Ukraine pada Rabu membuat pertukaran 200 tahanan perang menerusi perantaraan Turkiye dan usaha diplomatik dengan pemimpin kedua-dua negara, umum Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

    Erdogan memberitahu pemberita di New York bahawa pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye merupakan ‘langkah penting’ ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara, lapor  Agensi Anadolu.

    Beliau berkata usaha mewujudkan keamanan antara Rusia dan Ukraine diteruskan.

    Presiden juga menyatakan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, sambil menambah: “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan saya yang menyumbang kepada proses ini.”

    Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin memuji pertukaran itu di Twitter dan menyebut ia merupakan antara pencapaian terpenting diplomasi keamanan yang dijalankan oleh Turkiye.

    “Turkiye sentiasa mengutamakan keamanan,” tulisnya. – Bernama

    Recep Tayyip Erdogan semasa bercakap pada sesi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 di ibu pejabat PBB di Bandar New York pada 20 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda