Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia, Vietnam ikrar kukuh hubungan

    HANOI, 20 JUN – Rusia dan Vietnam berjanji hari ini untuk mengeratkan hubungan ketika Presiden Vladimir Putin membuat lawatan negara bertujuan untuk mengukuhkan perikatannya.

    Pemimpin Rusia itu tidak menerima pengisytiharan sokongan yang begitu jelas di Hanoi, tetapi Presiden Vietnam, To Lam menunjukkan hasrat untuk meningkatkan kerjasama pertahanan.

    “Kedua-dua pihak mahu meningkatkan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan, bagaimana menangani cabaran keselamatan bukan tradisional berdasarkan undang-undang antarabangsa, untuk keamanan dan keselamatan di rantau ini dan dunia,” kata Lam kepada pemberita selepas perbincangan dengan Putin.

    Moscow telah menjadi pembekal senjata utama Vietnam selama beberapa dekad, menyumbang lebih daripada 80 peratus import antara 1995 dan 2023, tetapi pesanan telah digugurkan sejak beberapa tahun kebelakangan. Lam dan Putin menandatangani sekitar sedozen perjanjian kerjasama yang terdiri daripada pendidikan kepada keadilan dan projek nuklear awam.

    Putin memberitahu pemberita rundingan itu membina dan kedua-dua pihak mempunyai kedudukan yang ‘sama atau sangat rapat’ dalam isu antarabangsa utama.

    Beliau berkata mereka berbincang untuk mewujudkan ‘seni bina keselamatan yang mencukupi dan boleh dipercayai di Asia Pasifik berdasarkan prinsip tidak menggunakan kekerasan, dan menyelesaikan perbezaan secara aman’. – AFP

    Vladimir Putin (kiri) dan To Lam dalam sebuah acara di Rumah Opera Hanoi di Hanoi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda