Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusuhan agama korbankan satu nyawa

    NEW DELHI, 2 APRIL – Pihak berkuasa menghantar ratusan polis rusuhan dan memutuskan perkhidmatan internet di sebahagian kawasan timur India hari ini selepas pertempuran ganas meletus di sekurang-kurangnya lapan negeri semasa festival agama Hindu.

    Polis berkata seorang individu ditembak mati di daerah Nalanda, negeri Bihar semalam selepas majoriti penganut agama Hindu dan Islam bertempur di bandar Biharsharif.
    Kejadian berlaku sehari selepas perusuh bertempur dan membakar rumah dan kedai semasa perayaan Ram Navami.

    Festival Hindu sering membabitkan ratusan orang ada kalanya menayangkan pedang, senapang dan trisula berarak di kawasan berpenduduk Islam dengan muzik agama berkumandang dari sistem bunyi kuat.

    Ketua polis Biharsharif, Shibli Nomani berkata hampir 100 orang telah ditahan berhubung keganasan yang meletus pada Khamis apabila ribuan penganut Hindu berkumpul di jalan raya dan berarak di kawasan yang dihuni penduduk Islam.

    “Situasi sudah terkawal. Kami sedang meronda kawasan dan memastikan tidak ada perhimpunan diadakan,” beritahunya kepada AFP, menambah pergolakan itu sedang disiasat. – AFP

    Gambar bertarikh 1 April 2023 menunjukkan polis (kanan) berjalan di sebatang jalan selepas pertempuran ganas di Sasaram di negeri Bihar, India. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda